alhamdulillah.. aku posting sudah, bahh. posting ke mana? hahaha.. sarawak wei sarawak. terasa sangat.. jauh gile kot sarawak ngan perak. aii.. tu la. ramai sangat yang mimpi aku dapat sekolah dekat area rumah tu. mak mimpi, aku mimpi, makcik pon mimpi. alih-alih.. dapat Limbang, Sarawak. hahaha.. sekalik punya jauh tersasar target. kalau korang tengok peta, limbang ni duduknya macam kena kepit ngan Brunei. haa.. memang sekolah aku ni dekat bebeno lah dengan sempadan nak masuk Brunei tu. haa ni.. loghat limbang ngan kuching lain tau.
masuk minggu ni, da hampir 3 minggu lah aku dekat sini. honestly masa ari first aku sampai sini perasaan aku gile bercampur baur. terkejut? takut? sedih? hah... tipu la wey kalau kata tak sedih. tipu kalau kata xnangis. meh sini aku nak tengok sapa yang tak nangis? masa memula macam tak dapat nak terima kenyataan je. jauh ke pedalaman dalam sejam jaraknya daripada bandar. transport sendiri nak ulang alik takda, tambah lagi area rumah ni mana ada kedai-kedai. aku rasa rindu sangat dengan family kat semenanjung. kuat gila rasa nak balik. TAPI... itu dulu. masa mula mula datang sini...
sekarang dah hampir 3 minggu aku dekat sini. alhamdulillah.. semua okey. dekat sini, kalau malam.. fuhh.. dia punya sejuk, lain macam tau. tidur xpayah pasang kipas pon xpe. sejukkk! aman dan damai. haa.. banyak kerbau tau lalu lalang. pagi pagi pegi sekolah boleh berjumpa tengtengah jalan. haha.. komuniti sini pun kecik je. pusing pusing nampak muka tu jugak. hehe.. pegi gerai jual jual kuih tu je, peniaga kata.. 'oh.. ni cikgu baru ye? selamat datang ke sarawak, cikgu!' really.. mesra sangat! orang boleh kenal and cam cepat. budaya pon lain, makanan pon agak berbeza. first makanan sini yang aku makan, nasi katok! simple but it's really nice. sedap tau.. sambal tumis dia ada rasa manis manis sikit. oh ye. nak pegi brunei pon boleh bahh. makanan sana lebih murah kata orang sini. nanti nak try. hehe..

tempat budak budak suka sangat berlari time rehat

duduk kat pedalaman ni, barulah aku mula banyak menghargai benda benda yang selama ni aku xberapa nak kisah ni. harap harapnya pengalaman di sini akan banyak mengajar aku dan moga aku tabah sepanjang perjalanan menjadi seorang guru. InsyaAllah.. Oh.. salam ramadhan. siapa yang kenal aku, moh le datang rumah ye beraya nanti. hehehe..